Pages

Sunday, 11 March 2012

Escritura Creativa: 'Strange Romance' Part 2

Hasil Ketak Ketik Magic Spell Witch Vera at Sunday, March 11, 2012

BAB 2

Kini sudah seminggu Killa bertugas sebagai guru tuisyen sementara di sekolah rendah tersebut. Walaupun terdapat 40 orang tenaga pengajar di sekolah itu, namun Killa  faham akan kesibukan mereka. Mana mungkin tidak difahaminya kesibukan seperti yang dialami oleh ayahnya sendiri, yang juga merupakan seorang pendidik.

Mujur juga, dalam masa yang singkat, dia sudah dapat bergaul mesra dengan para guru di sekolah itu. Killa berasa bersyukur kehadirannya dapat diterima dengan baik oleh para pelajar cilik yang ditugaskan kepadanya, malah dia berasa terhibur dengan gelagat mereka yang tidak sudah-sudah. Saat-saat seperti inilah, Killa menjadi sering benar teringat kepada zaman kanak-kanaknya semasa di sekolah rendah apabila melihat keletah pelajar yang ada-ada sahaja. Banyak manis, banyak juga pahit yang ditempuhi.
Rutinnya, dia akan mula memberikan tuisyen pada jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang di sekolah itu. Jam pertama adalah jadual bagi pelajar Tahun 5, dan jam berikutnya adalah bagi pelajar Tahun 6. Tanpa disangkanya juga, pihak sekolah menengah bekas sekolahnya dahulu, turut menghubunginya, bagi tujuan yang sama – menjadi guru tuisyen sementara bagi subjek Sejarah untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

Killa berasa terharu terhadap ingatan yang diberikan oleh bekas guru-gurunya di sekolah menengah itu. Dengan sokongan dan galakan Encik Ranis dan ibunya, disertai rasa penghargaan terhadap jasa guru-guru di  sekolah menengah itu yang pernah mendidiknya, Killa menerima jua tugas itu dengan hati yang terbuka. Kelas tuisyennya di sekolah itu pula bermula pada jam 8 pagi sehingga 10 pagi, merangkumi empat buah kelas berbeza bagi setiap hari, memandangkan pelajar Tingkatan 1 – 3 bersekolah pada sesi petang.

Walaupun secara tiba-tiba mengalami kesibukan, namun Killa gembira dengan tugasnya. Dia akan bertolak dari rumah bersama-sama dengan adik-adiknya dan Encik Ranis pada waktu pagi, kemudian dia akan turun bersama Aaron dan Lala di hadapan sekolah menengah yang terletak kira-kira 100 meter bersebelahan dengan sekolah rendah.  Lala merupakan pelajar sesi petang namun disebabkan oleh ketiadaan kenderaan pada waktu tengahari untuk ke sekolah, dia terpaksa mengikut Encik Ranis pada waktu pagi lagi. Namun Lala tidak merungut dengan keadaan tersebut. Dibiasakan dengan situasi itu, Lala sudah tahu untuk mengatur kelapangan masa yang dimilikinya sebelum masuk ke kelas pada waktu tengahari nanti – dia akan masuk ke perpustakaan dan menyiapkan segala tugasan di sana.

Sementara menunggu kelas tuisyen bermula, Killa menemani Lala di dalam perpustakaan sambil mencari dan menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas. Keluangan masa itu juga digunakan sebaiknya oleh Killa dengan membaca beberapa buah buku Sejarah Tingkatan 1, 2 dan 3. Secara tiba-tiba, Killa berasakan dia menjadi lebih dewasa. Ditambah pula dengan kemestian untuk mengamalkan etika pemakaian yang lebih formal semasa bertugas. Hampir sehari suntuk juga dia berjalan berkeliling di sekitar Pekan Ranau hujung minggu lalu semata-mata untuk mencari beberapa helai pakaian formal yang bersesuaian. Menggeleng kepala ibunya memerhatikan ragamnya.

“Wau, gorjess! Ma, cantik juga kakak Lala yang seorang ini rupanya ya... Baru perasan. Dah macam cikgu betul la pula...hehehe”

Usikan Lala ketika hari pertama Killa bertugas masih terbayang jelas. Geram dengan usikan Lala, sudahnya budak itu mendapat cubitan ‘fresh’ percuma di pagi hari. Memuncung  sahaja bibir Lala semasa bersarapan, menggamit kenakalan Aaron pula untuk menambah usikan.

“Hoi Lala, anak dara tak baik merajuk di waktu pagi buta... tengok, bibir tu dah nampak tajam, panjang sedepa dah... Entah-entah engkau nak cucuk bunuh nyamuk guna bibir memuncung tu erk?”

“Sedepa yer... Tak payah tunggu nyamuk lah abang. Abang yang depan Lala ni pun dah kira lebih dari layak untuk jadi mangsa Lala tau...!”

“Wah, nak lawan Boss nampak...” Aaron selamba menjawab. Setakat Lala, dia tidak akan mudah gentar. Pantang lelaki mudah mengalah.

“Huh, papa is the Boss! Abang jadi tukang boleh lah... Tukang Kebun!” Lancar saja Lala kembali membalas. Tajam jelingan Aaron  singgah ke arahnya. Lala sekadar tersengih-sengih.

“Takut lah tu. Pandai aje guna nama papa...” Aaron mencebik. Lala semakin lebar pula tersengih, tidak lagi menjawab. Mungkin disebabkan oleh mulutnya yang kini dipenuhi kunyahan sandwich telur, sarapan yang disediakan oleh Puan Martha pagi itu.

Sakit perut Killa menahan tawa melihat kerenah adik-adiknya itu. Namun itulah kebahagiaan yang dimilikinya sekarang. Dia sungguh berharap kebahagiaan itu akan berkekalan selamanya.

Semenjak bertugas sebagai guru tuisyen sementara ini juga, Killa berpeluang untuk melihat dan memahami pelbagai ragam yang berbeza dalam kalangan pelajar. Paling melucukan adalah ketika berhadapan para pelajar pada hari pertama, masih jelas dalam ingatan Killa akan pandangan mata mereka bermula dari atas kepala hingga ke hujung kakinya disertai kesenyapan yang membuat debar semacam dalam hatinya. Seminit kemudian, sorakan “Cikgu baru!!” daripada salah seorang pelajar, seterusnya diikuti pelajar lain memecahkan kesunyian dan menggamatkan seisi kelas. Tersengih-sengih Killa mengangkat tangan, memberi tanda ‘Hai’.

Apabila dia menceritakan pengalaman barunya itu kepada Lyn, Eyza dan Betty, teman-temannya itu malah tertawa besar dan semakin galak menyakatnya. Terasa panas dan memerah telinganya apabila menerima panggilan telefon dari rakan-rakannya itu yang disertai usikan ‘Hello, boleh saya bercakap dengan Cikgu Deanna Akylla?”. Panjang omelannya melantun-lantun keluar selepas itu, mujur sahaja mereka berada jauh di mata ketika itu. Kalau tidak, tahulah dia mengenakan teman-temannya bertiga itu.

“Tunggu lah nanti bila Killa jumpa korang balik... Hutang harus dibayar! Lunas!” Killa memberi amaran. Terbahak-bahak Lyn tertawa  di hujung talian.

“Killa, sejak bila kau berhutang dengan aku ni? Kenapa aku tak tahu erk? Berapa jumlah hutang yang tak lunas lagi tu?” Pandai pula Lyn membalas dengan menerbalikkan maksud ‘hutang’ yang dimaksudkan oleh Killa.

“Wah, ni hutang korang kat Killa okey... Tak ada kompromi. Apa panggil-panggil Killa ni Cikgu Deanna Akylla? Nak kena smackdown ker?” Killa mengetap bibir geram.

“Hahaha... Dah itu nama engkau. Kenapa, kau dah tukar nama yang lebih sweet ker? Tak bagitahu kitorang” Masih sahaja Lyn terhilai-hilai ketawa di hujung talian. Dah macam bercakap dengan pontianak sahaja rasanya.

“Oit, Cik Lyn, ketawa tu jangan menghilai... tak pasal-pasal Langsuir datang bertandang baru kau tahu... Killa tak ada nak selamatkan.. Hohoho” Killa pula mengusik. Terdiam seketika Lyn. Killa memicit perut menahan tawa. Dia yakin, Lyn sudah ‘terkena’ di sana.

“Killa, kau ni tak adillah. Dah tahu aku ni  penakut, cakap pula those things. Kau nak aku ni tak tidur malam ker? Apa punya kawan, kejamnya! Haish... Stress aku!” Tergetar-getar suara Lyn menjawab, disertai nada geram. Pasti gadis itu sedang bercakap sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Manatahu ada bayangan yang mencurigakan. Kasihan pula Killa. Kejam juga dia rupanya. Hehehe...

“Yalah, yalah... tak cakap lagi. Nanti kau nangis, tak ada pula orang itu nak tolong pujukkan... hehehe” Killa berusaha menahan sisa tawa. Tepat seperti jangkaannya, Lyn merengus seketika sebelum tertawa-tawa kecil aka ‘malu-malu’ kembali apabila topik perbualan bertukar kepada megenai ‘orang itu’. Killa tahu, Lyn benar-benar sayangkan Alex.

Usik-mengusik sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Tidak lengkap rasanya persahabatan mereka tanpa usikan dan gurauan yang sentiasa sahaja menghiburkan. Ada-ada sahaja yang mahu dibual dan digelakkan. Bagaimanapun, setajam-tajam usikan dan gurauan yang terlontar, mereka tidak pernah melangkaui batas sensitiviti yang harus dijaga. Itu prinsip mereka. Killa benar-benar berasa bersyukur kerana ditemukan dengan teman-teman sebaik Lyn, Eyza dan Betty.

To be continued.....


0 Wizard Spells Here:

Post a Comment

Witch Vera Feels Grateful To Have Wizard's Messages Today! Wee... Hahaha!

Latest Deals ! Click - Click On For More Great Deals!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TMOD: Witch Vera and Her Magic Spells Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting