Pages

Sunday, 11 March 2012

Escritura Creativa: 'Strange Romance' Part 3 & 4

Hasil Ketak Ketik Magic Spell Witch Vera at Sunday, March 11, 2012
BAB 3

Pagi Isnin.

Seperti hari-hari yang lain, Killa akan pergi ke sekolah menengah terlebih dahulu pada waktu pagi untuk menjalankan tugasnya. Tetapi kali ini, Aaron terpaksa bergegas masuk ke kawasan sekolah lebih awal kerana dia harus bertugas sebagai pengawas untuk perhimpunan mingguan dan perlu bersedia. Terkocoh-kocoh dia berlari ke Bilik Pengawas seraya melambaikan tangan ke arah Killa.

“Selamat pagi cikgu”

Beberapa orang pelajar sesi pagi menundukkan kepala memberi tanda hormat seraya mengucapkan selamat pagi kepadanya. Segan juga di hatinya menerima penghormatan sebegitu namun Killa berusaha untuk tetap tersenyum mesra membalas sapaan  mereka. Sesekali diangkat tangannya memberi tanda ‘Hai’ kepada beberapa orang pelajar yang turut memberi tanda hormat kepadanya dari jarak jauh.

Sweet teacher, a very good morning to you...”


Sekumpulan pelajar lelaki Tingkatan 6 Atas melewatinya. Killa mengesan kumpulan itu melalui pemakaian uniform mereka yang sedikit berbeza berbanding pelajar menengah atas yang lain. Hanya kumpulan pelajar Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas sahaja yang mengenakan blazer khas berwarna hitam di sekolah itu.

Killa tertegun sejenak. Sweet Teacher? Wah, gerangan pelajar mana yang begitu ‘bersopan’ kepadanya itu? Lantas dipalingkan pandangannya ke arah kumpulan pelajar lelaki itu. Terdetik perasaan geram di hatinya. Namun...

“Err, ya... Good morning too...”

Dijawab juga sapaan kumpulan pelajar tersebut beserta senyuman yang dibuat-buat. Hampir tidak terdengar suara Killa saat itu. Niat di hatinya mahu menegur tadi, mati serta merta apabila mengingatkan statusnya, ditambah pula hakikat bahawa kumpulan pelajar itu lebih tua daripadanya. Killa berasa janggal dan serba salah. Sudahnya, dia hanya mampu mengetap bibir menahan geram seraya melepaskan keluhan berat. Haish...

Sorry teacher! But seriously, you’re sweet..

Kumpulan pelajar lelaki itu kemudian berlalu riuh dengan gelak tawa sambil berbisik-bisik sesama mereka. Pelajar lelaki yang menyapanya tadi dan kelihatannya merupakan ketua bagi kumpulan itu, berpaling memandangnya semula sambil mengenyitkan mata. Killa terhenti melangkah. Ketap di bibirnya semakin kuat. Dia benar-benar geram! Hatinya berasa cuak, pelajar itu – tak ada hormat langsung...

“Hai, morning...”

Satu suara lembut dan mesra pula menyapanya kali ini. Terasa sejuk hatinya mendengar sapaan sebegitu. Killa menoleh ke belakang. Killa pasti lelaki yang berdiri di hadapannya itu bukan seorang pelajar. Pemakaian yang kemas dan segak, menunjukkan identitinya sebagai seorang guru. Killa terpempam, dalam hatinya ikhlas memuji kekacakan guru lelaki itu. Bukan dia terpikat, namun Killa selalu ingat bahawa tidak salah untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Bukan begitu? Hahaha... Sempat lagi Killa mengira-ngira dalam hati.

“Hai juga, and morning...too” Killa tersenyum.

Kesunyian menguasai suasana buat seketika. Hanya derap langkap yang terdengar seraya mereka melangkah beriringan ke dewan perhimpunan. Killa menelan liur, kekok dirasakannya, alias segan bertandang di dalam hati.

“Oh, lupa pula saya perkenalkan diri. Saya Raen Jay Xiao. Salah seorang guru yang mengajar di sekolah ini” Guru lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman seraya tertawa kecil.

Killa membalas huluran salam guru itu sambil turut tertawa. Lega hatinya kerana ‘awkward moment’ tadi sudah hilang. Paling pentingnya, dia tidak perlu memikir-mikir lebih panjang lagi mengenai kata-kata yang sesuai diluahkan untuk mengisi kesunyian sebentar tadi. Selamat....

“Cikgu pula? Rasanya saya belum pernah ketemu cikgu sebelum ini” Guru lelaki muda itu menatapnya seketika. Ada sedikit kerutan terukir di dahinya.

“Oh” Baru Killa tersedar dia juga terlupa untuk turut sama memperkenalkan dirinya. Malunya...

“Maaf Cikgu Raen, saya bukan guru rasmi di sekolah ini. Err, saya Deanna Akylla...”

Killa berusaha mengawal kegugupannya. Ini sesi yang paling tidak digemarinya, sesi memperkenalkan ‘siapa diri saya’ dengan cara yang paling ringkas, tetapi padat... Hohoho. Fikirannya ligat menyusun ayat seterusnya. Kerutan di dahi guru lelaki itu semakin bertambah, semakin kehairanan.

“Erm... Sebenarnya saya ditugaskan memberi tuisyen sementara untuk subjek Sejarah kepada pelajar Tingkatan 3 selama dua bulan di sekolah ini...” Killa berharap sungguh jawapannya kali ini dapat menjawab kehairanan guru lelaki itu.

“Owh.. I see...” Raen Jay Xiao mengangguk-anggukkan kepala perlahan, mungkin tanda mengerti. Killa menarik nafas lega.

So, you are...” Guru lelaki itu menatapnya kembali. Ah sudah, sesi soal-siasat belum habis rupanya... Killa mengeluh dalam hati.

“SPM student... Err, saya sedang menunggu result SPM sebenarnya” Killa tersengih, mengetawakan kekalutannya sendiri.

“Sedang menuggu? Tapi saya tak pernah nampak awak dalam kumpulan pelajar Tingkatan 5 tahun lalu di sekolah ini pun” Guru lelaki itu kelihatan cuba mengingati sesuatu. Killa tertawa.

“Saya ambil SPM kat MRSM... Tapi saya pernah study kat sini sehingga Tingkatan 3. Rasanya masa tu cikgu belum mengajar kat sini lagi” Killa menerangkan. Kali ini dia berasa semakin selesa untuk menjelaskan kedudukan dirinya yang sebenar. Raen Jay Xiao tersenyum lalu mengangguk mengiyakan kebenaran kata-kata Killa.

“Betul juga... Wah, awak mesti happy dapat kembali ke sekolah lama kan? Mengimbau kenangan lama” Kali ini Cikgu Raen Jay Xiao ternyata mengusiknya. Killa terkedu, ada kebenarannya juga... Hurmm. Killa memikir-mikir seketika.

“Oh ya, saya ada adik yang bersekolah di sini juga, Pelajar Tingkatan 6 Atas. His name Reen Ray Xiao. Kalau awak perasan, tadi dia ada lalu bersama dengan kawan-kawannya. Harap dia ada sapa awak Morning Greeting?” Raen Jay Xiao menoleh ke arahnya. Killa terdiam, jadi pelajar tadi rupanya adik kepada  guru lelaki itu...

“Oh, ya... Ada...” Killa cuba tersenyum dan mengangguk. Pelajar lelaki yang nakal sebentar tadi itu rupanya adik kepada Raen Jay Xiao. Berbeza sekali dengan abangnya; Raen Jay Xiao kelihatan bersopan dan berbudi bahasa, Reen Ray Xiao laksana budak jahat yang suka menimbulkan huru-hara. Harap-harap lah aku tak ketemu pelajar ni lagi... Killa berdoa dalam hati..


BAB 4


“Bukan main berani engkau ni Reen! Dia tu guru kita, tahu?” Salah seorang kawan baik Reen, Alan mengusiknya. Usikannya disusuli anggukan setuju daripada kawan-kawannya yang lain.

“Kalau dia guru kita, kenapa tak pernah masuk ke kelas kita? Dah hampir dua tahun aku kat sini, tak pernah pula aku nampak guru tu lalu depan kelas kita...” Reen Xiao membalas selamba.

“Yalah, tapi bukan kelas kita sahaja yang ada kat dalam sekolah ini. Apa lah...” Brian pula sambung mengusik. Riuh gelak tawa mereka, seronok apabila berpeluang menyakat kawan baik mereka yang bernama Reen Ray Xiao dan terkenal dengan kedegilannya itu.

“Tapi, aku peliklah... wajah guru tu nampak masih sangat muda, rasa macam sebaya dengan kita lah pula. Tak gitu?” Fandy melontarkan persoalan.

“Dan jangan lupa, cikgu tu cantik lah! Tak... gitu?” Alan pula menyambung seraya mengulangi perkataan ‘tak gitu’ yang diucapkan oleh Fandy sebentar tadi.

Pantas sahaja gelagat Alan mengundang gelak tawa yang kuat, serentak daripada Brian dan Fandy. Hanya Reen Ray Xiao yang masih diam, pandangannya tepat ke arah wajah rakan-rakannya. Persoalan Fandy sedikit sebanyak menarik hatinya. Memang benar, melihatkan wajah guru itu, dia berasakan dirinya lebih dewasa dan hatinya tidak terkawal untuk menganggap guru tadi sebagai seseorang yang lebih muda daripada mereka.

“Apa hal dengan engkau ni Reen? Engkau tahu lah, kitorang gurau aje. Bukan selalu dapat kenakan kau” Reda tawanya, Brian kembali berwajah serius, takut-takut perasaan Reen benar-benar tersinggung dengan kerenah mereka. Reen Xiao masih diam, hanya kepalanya digelengkan. Brian menarik nafas lega.

“Atau... Kau dah fall in love dengan guru tu? Wow, that’s very fast!” Alan menayangkan wajah suspicious-nya. Pantas sahaja Reen Ray Xiao menghadiahkan jelingan maut kepadanya, sudahnya Alan sekadar tersengih menayangkan dua baris gigi di sebalik senyumannya. Brian dan Fandy kembali tergelak-gelak.

“Aku nak korang tolong find out latar belakang invisible teacher tu...” Reen Xiao memperlahankan suara. Brian, Fandy dan Alan berpandangan lalu kembali merenung tepat ke arah wajah Reen Ray Xiao yang agak kacak dan merupakan peranakan Cina – Dusun itu.

Invisble teacher?” Fandy tersengih, masih  kurang jelas. Pantas Brian dan Alan menyiku lengannya seraya bertukar pandangan penuh erti. Fandy akhirnya tersenyum faham. Reen Xiao sekadar mengangkat kening dan serentak itu juga rakan-rakannya mengangguk-anggukkan kepala.

No problem, kita boleh uruskan...” Fandy tersenyum penuh erti.



To be continued....


2 Wizard Spells Here:

ct cucubi said...

hi vera, tulis novel ye? saya mmg minat bca novel! teruskan usaha!

Witch Vera said...

Hye2 Ct.. Hahaha.. Ya, saja2 menulis , hobi masa kbosanan.. hee... Thank you so mUch ^_^ really appreciate it ! :D

Post a Comment

Witch Vera Feels Grateful To Have Wizard's Messages Today! Wee... Hahaha!

Latest Deals ! Click - Click On For More Great Deals!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TMOD: Witch Vera and Her Magic Spells Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting