Pages

Sunday, 25 March 2012

Escritura Creativa: 'Strange Romance' Part 8

Hasil Ketak Ketik Magic Spell Witch Vera at Sunday, March 25, 2012
BAB 8

Kegamatan bertambah sebaik sahaja Reen Ray Xiao mendapat balingan bola dari ahli pasukannya yang lain. Reen Ray Xiao memang terkenal di sekolah itu sebagai pemain bola keranjang yang cekap menguasai gelanggang dan mudah pula menundukkan langkah lawan. Kelebihan fizikal yang dimilikinya iaitu bertubuh tinggi lampai sangat membantu pergerakannya untuk memasukkan bola ke dalam jaring. Suasana gamat tadi bertambah riuh apabila Reen Ray Xiao menambah jaringan, diikuti oleh bunyi wisel penamat menandakan waktu permainan berakhir.

Reen Ray Xiao melangkah perlahan ke bangku rehat di tepi gelanggang. Dicapai tuala lalu dikesat peluh yang merenik dan mengalir di wajah serta lehernya. Dilabuhkan punggung ke atas bangku dan dia merenung sekilas ke arah gelanggang bola keranjang yang bersebelahan. Pasukan yang bermain di kawasan itu juga sudah mula bersurai. Kelihatan Brian dan Fandy melangkah seiringan keluar dari gelanggang, menuju ke arahnya.


Coach, how long?” Brian tersengih-sengih menegur Mr Chia, Jurulatih Bola Keranjang di sekolah itu apabila mereka bersemuka dengannya.

15 minutes!” Ringkas dan tegas jawapan Mr Chia sebelum berlalu pergi. Brian dan Fandy pantas mengangguk-angguk penuh kepatuhan. Mahu saja Reen Ray Xiao ketawa kuat melihatkan gelagat dua rakannya itu. Di hadapan Mr Chia, kedua-duanya bukan main berdisiplin. Siapa tidak kenal akan ketegasan Mr Chia di dalam kelas mahupun di dalam gelanggang. Boleh kecut perutnya mendengar suara garau guru sukan berusia 45 tahun itu.

Menyedari langkah Brian dan Fandy yang semakin menghampiri, Reen Ray Xiao pantas membuang pandang ke arah astaka kecil di hujung gelanggang. Takut pula kedua-dua rakannya itu tahu yang dia baru mengetawakan gelagat mereka. Pandangannya disambut oleh sekumpulan pelajar perempuan yang sedang duduk berehat di astaka itu. Kumpulan pemain bola jaring sekolah sama ketat jadual disiplinnya dengan kumpulan pemain bola keranjang sekolah. Bukan menjadi kehairanan baginya melihat kehadiran mereka. Reen Ray Xiao mengesan pandangan tajam salah seorang daripada mereka, Tiffanny Carmella Marley Carlos – Siapa tidak kenal akan gadis cantik tinggi lampai berkelahiran Eurasian itu. Aktif bersukan, pemidato sekolah dan ketua Kelab Kebudayaan. Sungguh menakjubkan, walaupun bukan sepenuhnya berdarah Kadazandusun, Tiffanny cepat mempelajari langkah tari etnik itu, siapa yang melihat lenggok tarinya pasti saja akan tertarik.

Reen Ray Xiao berusaha memberikan senyuman hambar. Dia tahu siapa Tiffanny yang sebenarnya, dia sudah tidak kisah walau beribu mata pelajar lelaki di sekolah itu merenung penuh kekaguman ke arah Tiffany. Dia masih ingat dan dia juga mengakui, semasa awal kedatangannya di sekolah itu, dia juga tertarik dengan kepetahan berbicara Tiffany. Populariti Tiffany menyebabkan Tiffany dianggap oleh pelajar lain sebagai gandingan terbaik untuk Reen Ray Xiao yang dalam sekelip mata meraih tumpuan pelajar. Reen Ray Xiao yang baru sahaja menjejakkan kaki ke daerah asing itu cepat sahaja didekati oleh Tiffany. Tidak mahu dikatakan terlalu memilih kawan, Reen Ray Xiao menerima dengan terbuka juga huluran salam Tiffany.

Gossip dan khabar angin memang mudah tersebar, lebih cepat dari siaran berita di televisyen. Dia dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Tiffanny dan gadis itu pula terang-terangan mengiyakan. Panas hatinya meminta Tiffanny berhenti mengiyakan perkara yang tidak pernah wujud; dia tidak mahu persahabatan mereka bertukar menjadi dendam, namun gadis itu tetap berdegil malah benar-benar meluahkan perasaan terhadapnya. Kemuncaknya adalah apabila Tiffanny heboh mengatakan dia menerima jambangan 100 kuntum bunga ros dari Reen Ray Xiao semasa Hari Kekasih. Berderau darahnya menerima cerita itu, laju saja dia melangkah ke kelas Tiffanny. Dia benar-benar tercabar, dia hanya menganggap gadis itu sebagai sahabat dan tidak pernah terlakar sejarah dalam hidupnya dia memberikan bunga kepada mana-mana gadis. Reen Ray Xiao mengeluh mengenangkan hari itu.

Tiffanny, this is enough! You know it clearly, I would never do this. And these flowers, they were not from me!” Keras suaranya, berusaha dikawal. Sebolah-boleh dia tidak mahu keadaan tegang di antara mereka diketahui oleh pelajar lain. Memalukan sahaja.

I know that they were not from you. But I can make it as they were sincerely from you. Don’t you get it?” Sengaja Tiffanny mendekatkan wajah ke arahnya dengan senyuman yang dimaniskan. Bulat mata Reen Ray Xiao mendengarkan kata-kata gadis itu. Bermakna, Tiffanny memang sengaja melakukannya. Gila! Itu sahaja yang ingin dikatakan oleh Reen Ray Xiao namun mana mungkin dia mampu melafazkannya.

Tiffanny, you never considered me as your friend, don’t you...?” Hambar Reen Ray Xiao bertanya, hanya sisa-sisa kesabaran sahaja yang menguatkan dirinya untuk menghadapi kegilaan Tiffanny saat itu.

See, you get it right?” Sinis saja Tiffanny membalas. Benar-benar membuat Reen Ray Xiao tersentak. Rasa menyesal timbul di hatinya pula kerana menerima huluran salam gadis itu tidak lama dulu. Tiffanny tidak pernah menganggap persahabatan mereka seikhlas seperti yang dianggapinya dan sekarang gadis itu benar-benar membuatnya meluat. Hilang sudah kekaguman dan kehormatan yang dirasakan terhadap Tiffanny.

Please clear everything Tiffanny, and stop this. Don’t let it ruins our friendship...” Masih ada harapan dalam kata-kata Reen Ray Xiao. Sungguh dia tidak mahu persahaban mereka musnah kerana pertaruhan perasaan. Apatah lagi, Tiffanny adalah sahabat pertama yang dikenalinya di sekolah itu. Berusaha diingati kebaikan gadis itu agar tidak mengganggu kewarasan fikirannya dalam mengendalikan situasi.

I told you, I considered you as someone special to me Reen Ray Xiao. I  couldn’t be just in friendship with you. I won’t stop...” Tajam pandangan Tiffanny ke arahnya. Reen Ray Xiao terkedu. Dia benar-benar tertekan. Entah kegilaan apa yang merasuk gadis  itu. Cukup sudah dia dianggap sebagai perampas kekasih orang, apabila Tiffanny dikatakan meninggalkan Eddy Johnson, atlit olahraga terkenal sekolah itu disebabkan oleh kehadirannya. Kali ini dia tidak dapat bersabar.

Tiffanny, this is the last time I warn you. Stop this madness, or go to hell with our friendship!” Reen Ray Xiao terpaksa berkeras. Sakit hatinya melihat jelingan Tiffanny. Tawar sudah hatinya mahu mempertahankan persahabatan mereka. Kesabarannya sebagai seorang lelaki terasa diperkotak-katikkan.

If I won’t? U’ve got to surrender isn’t it?” Timbul riak kemenangan pula di wajah Tiffanny. Reen Ray Xiao menarik nafas. Dia bertekad, hari itu adalah hari terakhir dia mengenali gadis itu sebagai seorang sahabat. Apa yang terjadi selepas ini, dia tidak kisah lagi. Perlahan ditarik jambangan bunga ros yang masih ada dalam genggaman Tiffanny. Dia melangkah ke hadapan kelas. Aksinya menarik perhatian seluruh kelas. Ditambah dengan waktu rehat yang sedang berlangsung, banyak pasang mata turut memerhati dari luar kelas. Sejak dahulu, apabila sahaja Tiffanny dilihat bersama-sama Reen Ray Xiao, memang akan menarik perhatian banyak mata yang memandang.

Guys... I just want to clarify something. And you, Tiffanny Carmella Marley Carlos, you’ve got to listen carefully on what I will say” Mendatar saja nada suara Reen Ray Xiao. Beberapa orang pelajar mula berbisik-bisik sesama mereka. Reen Ray Xiao berusaha memekakkan telinga.

She, this girl – She is not my girlfriend. We never been in any kind of relationship that you call it as ‘special’ and I considered her as one of my friends. Please be clear with it” Reen Ray Xiao mendiamkan diri. Beberapa orang pelajar kelihatan terlopong mendengar kata-katanya. Tiffanny tercengang, sangkaannya meleset. Reen Ray Xiao ternyata seorang yang keras hatinya.

I’m not a ‘perampas’. I didn’t know if Johnson was dumped by her because of me, but if it is, I never asked Tiffanny to do such thing. As I told you now, there’s nothing between me and Tiffanny. This flowers, I am not the one who sent it to you Tiffanny Carmella Marley Carlos. I didn’t know who prepared such a beautiful bunch of flowers with my name in it, but thanks for making things getting worst” Berat luahan Reen Ray Xiao menerangkan. Dia melihat Tiffanny terkaku, dia tahu Tiffanny yang menyediakan jambangan bunga itu namun mana mungkin dia sanggup mengatakan.

And thanks for stopping considering me as a friend. It’s such a relief. The End...” Reen Ray Xiao merenung tajam wajah Tiffanny seraya mengangkat jambangan bunga dan selamba menjatuhkannya ke atas lantai. Puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku. Biarlah dia dianggap lelaki kejam, tidak menghormati wanita dan sebagainya, dia tidak kisah. Dia juga berhak untuk menjaga perasaannya. Selamba juga dia melangkah keluar dari kelas, diiringi seterusnya oleh Brian, Fandy dan Alan. Sejak itu, Tiffanny berhenti menghubunginya, mungkin malu dan terkesan dengan perbuatan Reen Ray Xiao.

Senyuman yang dilemparkan, seolah-olah tidak dihargai. Tiffanny tidak membalas, sebaliknya memalingkan wajah. Reen Ray Xiao tidak kisah, itu lebih baik baginya. Walaupun selepas insiden itu, popularitinya di sekolah itu dikatakan menurun dan kini dia lebih dikenali sebagai ‘lelaki sial’ atau ‘budak nakal’, itu semua tidak diendahkan. Dia berasa lebih tenang begitu. Mujur ada Brian, Fandy dan Adam yang memahami keadaan sebenar.

“Hei, engkau melamun ye?” Reen Ray Xiao tersedar apabila pukulan tangan kanan Fandy menyentuh bahu kirinya. Main sedap aje memukul orang. Hampir saja Reen Ray Xiao mahu membalas namun dia sekadar mendiamkan diri. Brian menghulurkan sebotol minuman air mineral kepadanya. Pantas disambut. Akibat melamun, terlupa pula dia untuk membasahkan tekak. Jam yang disimpan dalam beg dicari, masih ada baki sekitar sepuluh minit untuk masa rehat. Sedang meneguk air, sekali lagi bahunya ditepuk.

“Hoi...” Marah Reen Ray Xiao. Dikerling tajam ke arah Fandy yang sesuka hati menepuk bahunya. Tak nampak ke orang tengah minum? Nasib baik dia tidak tersedak. Fandy tersengih-sengih membalas kerlingannya.

“Oopss... Maaflah Reen. Sorry, sorry... aku tak sengaja. Sorry ea... Pleassee...” Berbelas-belas pula kerut yang terpamer di wajah Brian, memohon belas dan kasihan. Brian sekadar menahan tawa. Lagak Fandy mengalahkan perempuan memujuk rayu. Reen Ray Xiao tercengang-cengang.

“Hoi, kau tak payahlah tayang muka macam tu pulak. Geli geleman aku, tahu?” Reen Ray Xiao sengaja menjarakkan diri dari Fandy. Meletus juga tawa Brian yang memerhati dari tadi.

“Yang kau sesedap hati sentuh bahu aku tadi tu kenapa? Naik meroyan...?” selamba Reen Ray Xiao bertanya. Entah betul tidak istilah ‘meroyan’ yang digunakannya itu tadi, dia malas mengambil tahu. Fandy menarik wajah kelat. Namun pantas saja perhatiannya beralih kepada perkara asal yang ingin dikatakannya kepada Reen Ray Xiao sebentar tadi.

“Nampak tu? Cuba kau tengok...” Fandy menuding jari, menunjuk ke arah seberang gelanggang yang berjarak sekitar 100 meter dari tempat mereka berehat. Reen Ray Xiao menoleh malas. Serentak itu juga dia tergamam. Dia kenal akan kelibat abangnya dan juga gadis yang sedang melangkah beriringan dengan Raen Jay Xiao itu. Buat seketika, matanya tidak berkelip memandang ke arah tersebut. Seolah tidak percaya matanya melihat kemesraan Killa dan abangnya, paling pentingnya adalah melihat gelak tawa ‘sweet teacher’ yang sering disakatnya itu.

“Kitorang tak tahu pula ‘sweet teacher’ tu partner abang kau... Mesra dan nampak sepadan juga” Brian kehairanan. Pantas kedua-duanya memandang tepat wajah Reen Ray Xiao, mengharapkan penjelasan. Reen Ray Xiao kelu. Partner? Senang aje main teka-teka. Tapi, takkan lah? Benaknya pula yang tertanya-tanya.

“Mana aku tahu!” selamba Reen Ray Xiao menjawab, menyembunyikan persoalan dalam dirinya sendiri. Dia kembali meneguk air minuman apabila kelibat Killa dan Raen Jay Xiao hilang di sebalik barisan pohon angsana yang memang tumbuh subur di luar kawasan gelanggang itu. Keluhan kecil dilepaskan. Reen Ray Xiao sukar menjelaskan perasaan yang dialami. Bingung juga, Raen Jay Xiao tidak pernah pula mengatakan apa-apa mengenai hubungannya dengan ‘sweet teacher’ itu.

“Hai, mana pula Alan hari ini ye? Biasanya dia datang juga jenguk kita sekejap sebelum ke kelas karate-nya tu” Fandy tercongak-congak. Betul juga, mereka baru perasan Alan tidak singgah menemui mereka pagi itu. Serentak kedengaran bunyi telefon bimbit Brian dari dalam beg sandangnya. Pantas dia membuka dan mengeluarkan telefon bimbit.

“Haa, ni pesanan dari Encik Alan kita... Sorry guys, tak dapat melawat korang pagi ni. Kekeke... Aku tengah stuck baca satu benda penting alias menarik kat ofis daddy aku ni... Tengah hari nanti aku jumpa korang, okey? Nantikan berita sensasi dari aku!” Penuh perasaan Brian membacakan mesej dari Alan. Siap dengan ‘kekeke’-nya lagi. Seketika lagak Brian mengundang tawa Fandy dan Reen Ray Xiao.

“Apa lah yang ditengok oleh Alan kat dalam ofis Encik Stephen tu ye?” Fandy meneka-neka. “Entah-entah, Alan tengok soalan ujian bulan depan tak? Yang lengkap dengan skema jawapan!” Fandy tiba-tiba teruja. Brian menggelengkan kepala perlahan.

“Apalah engkau ni Fandy. Sejak bila pula papa Alan tu mengajar kat kelas kita? Hisyy...” sekaligus kata-kata Brian mematikan sengihan Fandy. Reen Ray Xiao sekadar tersenyum. Wajah Encik Stephen Ginsos muncul dalam ingatannya. Wajah berwibawa Timbalan Pengetua itu masih kekal tampan walaupun sudah melewati usia 40-an, dan cukup tegas walaupun terhadap anak-anaknya sendiri. Tapi, sedikit sebanyak dia hairan juga, atas urusan apa Alan berada di dalam pejabat papanya pagi itu?

Kesunyian yang menguasai ketiga-tiganya tidak lama apabila bunyi wisel Mr Chia membelah susana, menandakan masa rehat sudah tamat. Latihan akan diteruskan sehingga jam 11 pagi nanti barulah mereka bersurai sepenuhnya. Reen Ray Xiao melangkah masuk ke gelanggang semula, mebawa jauh ke dalam hatinya semua persoalan yang tadinya mengasak mindanya. Sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan, Reen Ray Xiao kembali leka dalam rentak permainannya.


To be continued....


0 Wizard Spells Here:

Post a Comment

Witch Vera Feels Grateful To Have Wizard's Messages Today! Wee... Hahaha!

Latest Deals ! Click - Click On For More Great Deals!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TMOD: Witch Vera and Her Magic Spells Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting