Pages

Tuesday, 3 April 2012

Escritura Creativa: 'Strange Romance' Part 9

Hasil Ketak Ketik Magic Spell Witch Vera at Tuesday, April 03, 2012
BAB 9


Killa berlari-lari anak menuju ke tempat yang dijanjikan olehnya dan Aaron pagi tadi untuk bertemu kembali. Dijeling sekilas ke arah jam di tangan - Pukul 11.15 pagi. Benaknya tiba-tiba teringat, Aaron ada memaklumkan melalui SMS bahawa dalam sekitar jam 11.30 barulah dia akan dibenarkan keluar. Dahi Killa berkerut seketika, langkah lariannya mula diperlahankan. Killa menepuk dahi. Lama lagi, apesal pula aku berlari ni? Killa tergelak sendirian mengenangkan kegopohannya tadi.

Sweet Teacher” sapaan satu suara dari bahagian laluan koridor di sebelah kanannya sempat membuat Killa berasakan semangatnya hilang seketika. Mujur otaknya cepat saja memproses data akan identiti pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan Budak Na’za yang over semacam itu? Perlahan dipalingkan wajahnya memandang. Dia terkedu sejenak, hanya Reen Ray Xiao yang berdiri di hadapannya sekarang. Mana pula perginya ‘para pengikut setia’ budak Na’za ini? On Leave? Killa meneka-neka sendirian.

“Kenapa? Tak suka nampak saya ke cikgu?” Reen Ray Xiao tersenyum sinis ke arah Killa yang jelas kelihatan sudah menarik wajah kelat. Selamba dia mengelap wajah dan leher menggunakan tuala kecil yang masih tergenggam di tangannya di hadapan Killa. Sebahagian rambut depannya yang jelas kebasahan dan jatuh menutupi dahi, dikuak cermat lalu dikeringkan dengan tuala yang sama. Membuntang mata Killa memerhati aksi Reen Ray Xiao. Ingat awak model ke? Killa mencebik dalam hati.


“Apa soalan awak ni Reen Ray Xiao? Sepatutnya awak ucapkan Good Morning kat saya” selamba Killa membalas. Biarlah dia dilabel sebagai guru yang tidak pandai berlembut selepas ini. Berlembut dengan kumpulan pelajar seperti Reen Ray Xiao ibarat meyimbah minyak ke dalam api, makin dilayan, makin menjadi.

Oopss... Sorry! Good morning sweet teacher! Jadi cikgu sebenarnya nak kata cikgu suka lah, begitu?” Reen Ray Xiao tergelak. Amboi, ikut sedap mulut aje budak Na’za ni. Killa kelemasan.

“Macam mana awak boleh ada kat sini?” sengaja Killa tidak menjawab soalan Reen Ray Xiao tadi. Jawapannya memang ada namun tergantung kemas di dalam hati. Kalaulah semudah itu dia boleh mengatakan ‘Ya, saya tak suka. Jadi awak boleh pergi sekarang’, pasti sudah lama dilafazkan. Entah, berbelit pula lidahnya mahu berkata-kata. Meleret pula senyuman Reen Ray Xiao mendengar pertanyaannya. Tak tahu ke orang tengah menyindir awak? Bertimpa-timpa rasa sebal di hati Killa.

Reen Ray Xiao tidak menjawab, sebaliknya sekadar memalingkan wajah, memandang ke satu arah. Killa turut memandang. Merah padam terasa di wajahnya bila menyedari tempat yang ditunjukkan oleh Reen Ray Xiao adalah barisan bilik air pelajar lelaki. Dia terkedu apabila Reen Ray Xiao kemudiannya membuat aksi melantun bola, mengelap peluh, menunjuk sekali lagi ke arah barisan bilik air dan kemudian aksi menukar pakaian. Segalanya dilakukan tanpa suara. Killa terasa ingin menjerit. Psiko!

“Faham?” Reen Ray Xiao memandang tepat ke wajahnya. Killa menelan liur. Menyesal pula di hatinya kerana tidak terus sahaja berlari menuju ke tempat yang ditujui sebentar tadi. Tidaklah dia ‘terlambat’ melewati kawasan itu dan paling pentingnya, tidak perlulah dia berhadapan dengan Reen Ray Xiao. Tanpa sedar, Killa melepas keluhan kecil.

“Kenapa cikgu mengeluh? Tadi bukan main saya tengok cikgu senyum sorang-sorang. Cikgu baru jumpa kekasih hati ke?” pertanyaan Reen Ray Xiao yang berbaur sindiran dan agak keras pada pendengarannya itu membuat Killa bungkam seketika. Direnung tajam sepasang mata Reen Ray Xiao. Dia sendiri tidak faham, apa masalahnya dengan Budak Na’za itu. Mahu saja menyakitkan dan mencabar kesabarannya.

“Kekasih hati? Reen Ray Xiao, awak memang banyak masa ye? Hal saya menarik sangat ke untuk diambil kisah? Kalau pun saya ada kekasih hati, siapa awak untuk tahu?” kali ini Killa agak pedas mengeluarkan kata-kata. Hatinya benar-benar terasa. Dia terasa apabila Reen Ray Xiao seolah-olah tidak menghormatinya sedikit pun. You don’t know me! Killa berusaha menahan sebal.

Reen Ray Xiao tersentak sejenak. Berdesing juga telinganya mendengar jerkahan Killa itu. Siapa awak untuk tahu? Terasa pertanyaan Killa bagai halilintar yang mencabar egonya. Reen Ray Xiao mengetap bibir menahan marah. Kalau saja Killa tahu apa yang ada dalam hatinya – dia sebenarnya ingin tahu siapa Killa di samping Raen Jay Xiao! Dan siapa Raen Jay Xiao itu? Itu abangnya!

So it’s true. Sweet teacher, I wondered why you are here on Saturday. Guess that I’m right then, that, you were meeting someone special here” Reen Ray Xiao tidak habis-habis menduga. Rasa tidak puas hati pula menguasainya apabila Killa tidak memberikan respon seperti yang diharapkan.

“Beri saya laluan” spontan Killa meminta diri. Menjauhkan diri dari Reen Ray Xiao dengan secepatnya adalah satu-satunya jalan penyelesaian yang mampu difikirkannya saat itu. Dia bingung dengan kedinginan Reen Ray Xiao itu, rasa tidak bertempat sahaja di hatinya. Entah apa dendam yang pernah wujud di antara mereka. Seingatnya, dia tidak pernah sesekali pun bersua dengan Reen Ray Xiao sebelum menjejakkan kakinya semula ke sekolah menengah lamanya itu.

Yes or no?” Reen Ray Xiao bertindak menghalang langkahnya. Killa terundur setapak ke belakang. Dia tidak menjangkakan Reen Ray Xiao berani pula menghadang langkahnya. Keterlaluan! Killa mengetap bibir.

“Awak tak faham bahasa ke? Saya kata saya nak lalu” Killa memandang tajam wajah Reen Ray Xiao. Jengkel benar hatinya dengan sikap lelaki itu. Macamlah sekolah ini dia yang punya, sesuka hati mencari pasal dengan orang lain! Reen Ray Xiao tetap diam, buat seketika dibalas renungan tajam Killa dengan tenungan yang tidak kurang tajamnya.

“Awak cantik...” selamba sahaja ayat tersebut dituturkan oleh Reen Ray Xiao, seraya wajahnya didekatkan ke arah Killa. Hembusan nafas Reen Ray Xiao tatkala menuturkan perkataan itu sempat membuat juntaian anak rambut hadapan Killa tertiup ke atas. Killa membulatkan mata, kaget dengan tindakan Reen Ray Xiao yang tidak semena-mena itu. Wajah cerah dan bersih milik Reen Ray Xiao berjarak sekitar dua inci dari wajahnya. Pandangan tajam anak mata anak muda itu tertancap tepat ke arahnya. Berderau darah Killa sejenak.

“Reen!” panggilan dari belakang ternyata membuat Reen Ray Xiao tersentak, perlahan ditarik kembali wajahnya namun pandangan masih tepat ke arah gadis di hadapannya. Derap tapak kaki kedengaran dari kawasan bilik air pelajar lelaki, tidak lama wajah Brian dan Fandy tersembul dari balik pintu. Melihat kehadiran Killa, kedua-duanya segera berpandangan, jelas menampakkan riak kehairanan.

What’s up? Hey, sweet teacher is here too!” Brian menepuk bahu Reen Ray Xiao. Sengaja memadam situasi yang agak mengelirukan mereka tadi. Mereka tahu penjelasan boleh didengar dari Reen Ray Xiao juga sebentar nanti.

Nothing. She just got something inside her eyes just now. With that teary eyes, I can’t help not to give my concern” Reen Ray Xiao berlagak tenang, selamba juntaian anak rambut Killa yang tertiup ke atas tadi dielus ke bawah kembali dengan penuh kelembutan. Concern? Buat drama pulak Budak Na’za ini, Killa menggerutu geram. Sebagai tanda protes, Killa meniup sendiri juntaian anak rambutnya yang dielus oleh Reen Ray Xiao sehingga terangkat ke atas semula. Reen Ray Xiao malah tertawa kecil melihat reaksi Killa. Seronok pula hatinya melihat wajah Killa yang menahan marah. Brian dan Fandy yang tidak tahu apa-apa sekadar mengangguk-angguk.

“Kak! Kat sini rupanya kakak. Puas Aaron tunggu tadi” Aaron muncul dari belakang, tercungap-cungap mendekatinya. Badannya tegak apabila melihat kehadiran Reen Ray Xiao, Brian dan Fandy bersama. Wajah para pelajar Tingkatan 6 Atas itu cuba dikenal pasti satu persatu.

Helo seniors...” Aaron menyapa teragak-agak. Sesekali dijeling sekilas wajah Killa yang seperti membahang, dan pastinya sedang menatap penuh tajam ke arah Reen Ray Xiao. Jarang kakaknya yang seorang itu bereaksi sedemikian, hanya apabila Killa benar-benar sedang dalam kemarahan baru dia boleh melihat kakaknya seperti itu. Itupun boleh dihitung dengan jari. Aaron kehairanan, jangan-jangan ada perselisihan faham berlaku? Tapi kenapa?

“Helo...” serentak Brian dan Fandy membalas. Kembang kuncup hidung keduanya menerima sapaan hormat daripada pelajar junior. Lebar senyuman tidak usah diukur, sudah mahu sampai ke telinga.

Let’s go guys! Sweet teacher, have a nice weekend” Reen Ray Xiao mengenyitkan mata lalu berpaling dan melangkah meninggalkan kawasan itu. Brian dan Fandy pantas mengekori. Aaron yang masih terpinga-pinga segera mendapatkan Killa. Risau pula melihat reaksi sunyi sepi kakaknya itu.

“Kak, kak okey ke? Mereka cakap apa dengan kakak tadi?” Aaron cuba bertanya. Killa mengangkat muka perlahan, merenung Aaron dan melepaskan nafas keluhan.

“Aaron, hari ini hari yang malang. Jangan tanya lagi, okey?” Killa mula melangkah. Aaron terdiam. Dari nada dan cara Killa menjawab, dia tahu lebih baik untuk mendiamkan diri sahaja. Bukan dia tidak kenal bila Killa berada dalam ‘mood’ yang tidak baik, dia juga tahu apa yang bakal dilakukan oleh kakaknya itu bila sedang marah. Memasak. Dia sangat yakin malam ini mereka sekeluarga akan menikmati juadah hasil air tangan Killa, yang dihasilkan dalam keadaan ‘moody’ tapi tetap menambah selera. Cuma dia takut kakaknya akan berterusan begitu dalam jangka masa lama, janggal rasanya apabila kakaknya itu nanti akan jadi seperti ‘orang bisu’ di rumah nanti. Minta-minta tak lama, aku perlukan tunjuk ajar kakak untuk subjek Sejarah! Aaron mengeluh dalam hati.


To be continued....


0 Wizard Spells Here:

Post a Comment

Witch Vera Feels Grateful To Have Wizard's Messages Today! Wee... Hahaha!

Latest Deals ! Click - Click On For More Great Deals!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TMOD: Witch Vera and Her Magic Spells Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting