Pages

Monday, 5 November 2012

Escritura Creativa: 'Strange Romance' Part 13

Hasil Ketak Ketik Magic Spell Witch Vera at Monday, November 05, 2012


BAB 13


Reen Ray Xiao merenung lama ke arah skrin notebook Toshiba miliknya. Kesunyian di dalam bilik itu menjadi temannya yang sudah tidak asing lagi. Sudah hampir dua tahun dia hidup dalam keadaan seperti itu. Browser Rocket Melt yang terpapar di skrin notebook menunjukkan profile page Facebook ‘Deanna Akylla’ dengan wajah gadis itu tersenyum riang di samping seorang jejaka tinggi lampai, berkulit cerah dan tidak dinafikan, mempunyai seraut wajah tampan dan menarik.

Deanna Akylla, so inilah boyfriend awak? Reen Ray Xiao mengetuk-ngetuk perlahan pen di tangan ke skrin notebook, tepat pada wajah jejaka yang berdiri dan turut tersenyum riang di samping Deanna Akylla. Niatnya untuk menelaah mata pelajaran Mikro Ekonomi mati sebaik sahaja menerima SMS dari Brian, menyuruhnya untuk membuka link yang ada dihantarkan oleh sahabatnya itu ke inbox Facebook-nya. Melihat sahaja subjek mesej yang memaparkan nama Deanna Akylla, entah kenapa sukar baginya untuk menahan rasa ingin tahu yang begitu membuak-buak dalam hati.

Kini, membuka profile page gadis itu pula membuat perasaannya mula berkecamuk. Sesal juga hatinya kerana tidak dapat menahan keinginan sendiri, sudahnya hati sendiri yang terkena. Menyirap seketika darahnya bila melihat status ‘in a relationship’ Deanna Akylla yang jelas terpapar pada bahagian info. Dengan siapa? Tidak pula dinyatakan nama. Mungkinkah lelaki itu? Habis, apa pula hubungannya gadis itu dengan abangnya? Ah, kenapa fikirannya terasa berserabut apabila saja memikirkan gadis itu? Reen Ray Xiao mengeluh perlahan.

Status terakhir yang ditulis pada wall Facebook gadis itu pendek sahaja, ‘Finally, It’s finished’, dikirim lebih kurang sebulan yang lalu. 36 Likes, 45 comments – Reen Ray Xiao tercuit seketika membaca komen-komen yang terpapar, namun pantas juga dia mematikan senyum. Bagai tidak percaya dia menghabiskan hampir setengah jam hanya untuk membaca post-post gadis itu. Deanna Akylla, engkau pun satu! Siapa suruh semua post pun engkau bagi ‘Public View’? Tak ada privasi langsung! Tak reti ker untuk tukar set status update tu pergi ‘Only Can Be Seen by Friends’? Reen Ray Xiao seronok saja menyumpah-nyumpah.

Lama dia berfikir sama ada mahu menekan butang Friend Request, akhirnya hasrat tersebut dibatalkan. Dia bukannya kenal akan gadis itu, tidak ada satu pun pertemuan di antara mereka yang boleh menggambarkan situasi ‘persahabatan’ setakat ini, kenapa pula dia perlu beria-ia mahu mendekati Deanna Akylla? Tidak semena-mena nanti dirinya menjadi bahan ketawa gadis itu pula. Tidak rela sungguh dirinya! Reen Ray Xiao pantas menekan butang Close di sudut browser. Lama-lama, boleh sesak nafasnya. Perasaan apakah yang sedang membelenggunya ini? Cemburu? Ah, gadis seperti itu? Tak mungkin, tak mungkin! Nafas panjang ditarik lalu dihembus perlahan.

Buzz

Pop up Yahoo! Messenger chat dari Brian yang muncul tiba-tiba pada skrin notebook sempat membuatnya tersentak seketika. Budak Brian tu memang bijak, nampak Facebook Chat-nya kini dalam status Offline, pandai pula dia mencari menggunakan Yahoo! Messenger chat.

Terbaik! Kau memang my bestfriend

Reen Ray Xiao pantas menaip. Niatnya mahu menyakat Brian terlebih dahulu.

Of course lah! Yahoo! Kan... Bukan aku xtau ko ni jenis kedekut nak online FB tu... Hehehehehe

Brian membalas cepat, disusuli emotikon ‘jelir lidah’ yang sengaja ditaip banyak-banyak. Reen Ray Xiao tertawa kecil.

Tak ada privasi. Traffic jammed... Hahaahaha

Banyaklah engko punya traffic jammed... Kau ada buka x link yang aku antar tu??

Cepat benar Brian bertanya. Ternyata, Reen Ray Xiao sudah dapat mengagak lebih awal.

Hmm...

Ringkas jawapan yang ditaip, lalu dihantar. Alamatnya memang Brian akan memberinya soalan bersiri selepas ini.

Habis? Apa pendapat engko? dah baca habis info dia x? Engko betul x nk buat apa2 tindakan ker??

Sah! Soalan bersiri. Reen Ray Xiao menggeleng kepala perlahan.

Engko nak aku jawab soalan mana satu ni?

Laa... EVERYTHING lah! Engko ingat aku free2 ker bazir tenaga taip bnyk2?

Reen Ray Xiao tergelak besar melihat balasan Brian yang disusuli emoticon ‘angry face’, yang juga ditaip banyak-banyak.

Kau memang suka emoticon2 tu erk...? Hehehehe

Reen Ray Xiao masih terus mahu menyakat.

Hoi! aku tanya lain, engko jawab lain. Ape dah...

Hehe... sorry la. Hmm, aku xtau nak buat ape lah Brian. Yang engko bagi link tu kat aku kenapa?

Reen Ray Xiao serba-salah pula mahu memberitahu apa yang membelenggu fikirannya saat itu. Kalau ketahuan oleh Brian, mana mahu disembunyikan wajahnya yang kacak itu? Hehehe...

Engko xtau ke engko sengaja xnak buat ape2 Reen? Suspek ni...hehehe

Brian kelihatan menduga. Kali ini disusuli emotikon ‘suspicious look’. Reen Ray Xiao mengeluh kecil.

Hmm... Kan aku dah cakap hari tu, just let her go?

Reen Ray Xiao masih cuba berlagak tenang. Tapi memang betul pun, itu keputusan yang dipilihnya sebaik sahaja mengetahui identiti sebenar Deanna Akylla dua minggu lalu. Tidak disangkanya ‘Sweet Teacher’ itu memiliki keperibadian yang berbeza daripada apa yang disangkakannya.

But she’s with your bro, Reen! Engko sure xnak buat apa2 pasal tu ke?

Pertanyaan Brian sedikit sebanyak mengocak perasaannya. Dia hampir terlupa akan perkara itu. Raen Jay Xiao dengan Deanna Akylla? Ah, kembali dia buntu dan keliru.

Brian, aku mengantuk lah...

Reen Ray Xiao cuba mengalih topik perbualan. Bukan dia tidak mahu melayan namun fikirannya mula terasa berserabut. Dia masih cuba menerima kenyataan akan identiti sebenar Deanna Akylla, hubungan antara gadis itu dan abangnya, juga status sebenar gadis itu? Semuanya membuat fikirannya sesak dengan persoalan-persoalan yang masih tidak mempunyai jawapan. Dia sungguh-sungguh tidak mahu berfikiran yang bukan-bukan, sebelum mengetahui kebenaran sepenuhnya mengenai gadis itu.

Ok. Ok. Aku faham, xpe nnti kitorang diskus more, ok?

Sengaja pula Brian menyertakan emotikon ‘winky eyes’ dan ‘kissing lip’ dalam mesejnya. Gedik betul! Reen Ray Xiao sempat mengejek dalam hati namun balasan Brian sempat juga menerbitkan senyum kecil pada wajah Reen Ray Xiao.

Ok

Beberapa saat berlalu, Reen Ray Xiao kembali terdiam merenung skrin notebook. Jam di dinding menunjukkan pukul 10.15 malam. Kalau abangnya ada di rumah sekarang, pasti lelaki itu masih berjaga di bilik bacaan, bergelut dengan tugasan-tugasan sekolah yang tidak pernah habis-habis. Sebenarnya, Raen Jay Xiao boleh saja meninggalkan tugasan-tugasan itu di sekolah kerana dia tahu abangnya itu cekap membahagikan masa untuk menyelesaikan tugas, namun Raen Jay Xiao kelihatan lebih memilih untuk melakukan segalanya tanpa mengira tempat. Mencari kesibukan atau dalam kata lain, cuba menyibukkan dirinya.

Malam ini, dia tinggal bersendirian di dalam banglo yang berdiri megah, tersergam indah di Taman Perumahan Hilly Queen itu. Raen Jay Xiao memberitahu ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri di luar daerah, menyebabkannya terpaksa menginap di luar sahaja malam itu. Reen Ray Xiao tidak bertanya lebih banyak, lagipun bukannya Raen Jay Xiao tidak pernah menghadapi tuntutan tugas yang mengkehendakinya untuk pergi ke luar daerah. Malah seingatnya, pernah juga Raen Jay Xiao tidak ada di rumah selama seminggu kerana menghadiri kursus di Kuala Lumpur.

Walaupun kebanyakan masa, hanya kesunyian yang menemani kehidupan mereka berdua, namun Reen Ray Xiao berasa lebih selesa dengan kehidupannya sekarang. Jauh daripada keriuhan hidup di kota dan paling penting, dia tidak perlu lagi menghadap wajah papa yang sentiasa membuat hatinya sangat benci dan penuh kemarahan. Dia belum mampu memaafkan lelaki itu. Tidak sama sekali buat masa ini. Apabila sahaja dia mengetahui abangnya dihantar posting di daerah itu, dia berhabisan merayu agar Raen Jay Xiao turut membawanya bersama. Dia tidak kisah akan tentangan papa ketika itu, dia hanya mahu pergi jauh, jauh daripada lelaki itu.

Reen Ray Xiao tersentak, dia terfikir sesuatu secara tiba-tiba. Diklik ikon Google Chrome pada skrin notebook, sebelum jari-jemarinya pantas menaip sesuatu pada ruang carian browser. Beberapa ketika Reen Ray Xiao tersenyum lebar. Laman blog fotografi yang sungguh diminatinya itu dipandang dan diteliti penuh minat. Melihat ada beberapa entri terkini yang dihantar, pantas juga arrow diarahkan sebelum mengklik pada tajuk entri. Hatinya tenang dan damai menikmati sentuhan fotografi beberapa orang jurugambar yang memang cukup diminatinya. Foto-foto itu seolah-olah memberikan inspirasi kepadanya. Fikirannya yang tadi terasa berserabut kini kembali tenang.

Salah satu entri foto yang dikirim menunjukkan subjek Piramid Giza di Mesir yang diselubungi waktu senja. Reen Ray Xiao tidak berhenti-henti memuji keindahan itu dalam hati, juga kagum akan kemahiran jurugambar yang berjaya mengabadikan keindahan itu di dalam fotonya. Jauh dalam hati, keinginannya yang satu itu semakin kuat, namun dia perlu bersabar. Yang pasti, dia akan terus berusaha dan berusaha, agar cita-cita yang satu itu akan berjaya dicapai suatu hari kelak; meski tentangan terkuat yang bakal dihadapinya nanti adalah dari Tuan Xiao, papanya sendiri.

Dia akan pastikan, Papa, atau siapa-siapa pun tidak berhak untuk menentukan jalan hidupnya! Tidak!


To be continued.....



0 Wizard Spells Here:

Post a Comment

Witch Vera Feels Grateful To Have Wizard's Messages Today! Wee... Hahaha!

Latest Deals ! Click - Click On For More Great Deals!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TMOD: Witch Vera and Her Magic Spells Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting