Pages

~ Love Story ~


"Golum & Pikachu Say Hi!"



Daisypath Anniversary tickers

Ceritera bermulanya kisah cinta kami, si Golum and si Pikachu… :p

Actually, masa saya kenal and jumpa dia, kitorang kenal-kenal macam tu saja… Yalah, masa tu saya baru saja sampai Herbarium Sandakan, untuk jalankan latihan industri and masih segan nak beramah-tamah dengan staffs kat sana. 1st day pijak FRC tu, supervisor saya ajak lah round2 sekitar herbarium and kenalkan saya dengan staf2 kat situ. Saya ikut saja, tapi masa sesi perkenalan tu serius saya tak berani pandang wajah setiap staff lama2… Including him.. HAHA.. Salam2 macam tu saja then gerak balik… So masa tu, saya memang tak ingat lagi wajah dia.. Hehe

Masa kemaskan meja untuk buat kerja, my supervisor arahkan him pula untuk help me set up. Dia buat but masa tu kitorang langsung tak bercakap tau… Saya nak cakap ‘thanks’ pun rasa berat sangat mulut ni, so saya senyum saja.. After dia siap tu and dah nak pergi buat kerja sendiri, baru saya berani ucap thanks.. segan kot… Hahahah…

But, nak tak nak, bila dah di tempat sebegitu kenalah nak pandai bawa diri kan. So saya pun kuatkan semangat saja untuk usaha create hubungan lebih baik with all the staffs… actually, saya tak ada problem sangat untuk adapt with a new situation, but masa tu saya memang tak kenal siapa-siapa pun lagi. Memang kekok lah.. Beranikan diri saja tegur sapa with pekerja lain and kalau tak bercakap pun, bagi senyuman.. Ok lah tu kan.. Hehehe…

So, saya pun tegur sapa juga akhirnya this guy… Masa tu, saya baru balik from toilet (HAHA) and kalau nak balik meja saya tu memang nak kena lalu his table. Masa nak lalu tu, saya dah nampak dia senyum2 and dalam my hati cakap ‘nak buat apa ni, nak tegur ke tak??’… But.. yes, I did.. Lagipun actually saya memang nak tau juga what kind of work is he doing in that place.. So he explained a bit la.. Korang tau, masa tu saya tak berani langsung nak pandang wajah dia tu lama2 tau.. Sebab mata dia tu tak lari langsung dari pandang my mata ni.. Perasaan saya jadi semacam… So saya minta  diri la after that.. Lepas kejadian tu, yes, saya dah tak boleh nak hadap dia ni macam cara saya hadap staff lain… ada rasa aneh yang buat saya canggung saja nak bertentang mata with him.. haizz… haha. .

suka outing with golum.. ^^ even just singgah2 saja,,haha

Days after that kejadian, saya tak nampak him lagi dah.. Lagipun, most of the time saya kat Biotech Section, bantu my new friend (also practical student) from UniSel, Narty untuk translatekan notes ENM.. Bila balik herbarium, saya tak nampak pun his bayang. Hari menjadi minggu and kebetulan pula masa tu kena lagi cuti Kaamatan and memang almost a week juga saya tak perlu pergi kerja. Pejabat cuti kan… I think it was about three to four weeks after that, I never saw his face again… Then he came back, start lagi my feeling semacam… Rasa tak boleh bernafas saja bila dia tu ada kat sekitar saya… Seriuss…

Then, one day tu, he came near me.. Masa tu orang dah nak balik lunch n rehat tengah hari… Dia ckap this (in Dusun oke), ‘sa siodop o, lapar lagi ni. Au ko makan?’ kira maksudnya; ‘mengantuk o, lapar lagi.. ko tidak p makan ka?’.. Selamba lagi tu. Saya pandang one staff yang duduk sebelah saya, dia senyum saja.. then saya dengan riak yang cuba buat selamba juga pun jawab la: ‘nanti makan la juga ni.. ko x makan? Atau balik rumah? Manatau sana sudah ada yang masak n menunggu’… Actually, saya ni pun main rembat saja menyoal… and nak korek sedikit info, yalah saya tak rela wor fall in love (mana tau kan..haha) with orang yang dah berpunya.. hah.. ;p dia tak jawab apa, angguk2 saja.. so lepas tu saya assume yang ‘he’s belong to someone’… walaupun tak sure. Tapi saya macam rasa lega sikit after that… Saya assume yang dia just play around… (tak mustahil kan?)..hah.. ;p

Days after that, saya macam dah boleh hadap him like the other staffs. Then ada satu masa tu masa rehat, tengah duduk-duduk berbual dengan few staffs, mereka tercakap about him and his siblings. Saya dah lupa most details, but saya ingat mereka mention yang dia tu single lagi… Woots..! hey, bukan saya interested tau tapi saya sedar yang dia dah main-main menjawab saya masa tu.. oh geram sungguh !
kadang2 pening fikirkan saya yang suka sgt cari psal with him.. poor him :p

Lepas tu, saya mengelak untuk ternampak or ter-tentang mata with him. Nak cakap geram sangat, tak lah juga. Segan, tak lah juga.. Cuma saya rasa masa tu saya nak protect my heart ni… HOHO.. Takut pun ada juga kowt.. But dia macam cari peluang pula untuk always be around, and kalau tak sengaja terpandang him, renungan mata dia tu memang menusuk sungguh ! honestly, saya hate dia masa tu sebab buat dunia saya serba tak kena.. One day tu, saya dengar dia bincang with my supervisor tentang perjalanan outstation mereka. Dah mereka dekat sangat kan, nak tak nak, telinga saya ni ter-dengar juga. Saya dapat tahu yang he’ll be going for a week’s outstation, and won’t be around… Suddenly, deep in my heart, saya rasa sedih.. tak tahu kenapa, but to know he’ll be gone saya rasa berat rasa hati ni.. that day, saya tertanya, ‘I like him or what??’..

That week, saya rasa macam ada yang tak lengkap. Kitorang memang jarang bercakap but dari pandangan mata tu seolah-olah kami dah banyak ‘berbicara’. (wah)..haha. I admit, masa tu saya rasa saya rindu dia. Tak sabar untuk tengok balik his face yang selalu sengih kat saya tu..

But korang nak tau, after dia balik ofis balik, saya buat balik tak peduli.. Until preparation weeks untuk Tree ID course, baru kitorang dah boleh bercakap to each other balik. Tu pun boleh dikira.. PELIK sangat kan… But, saya bersyukur masa course itu lah yang telah ‘menerangkan’ lagi apa yang kami berdua rasakan sekian lama… Sebab keliru dengan persoalan hati ni, saya beranikan diri juga untuk berbual lama sedikit with him, bila rest time mesti kami akan duduk bercerita.. Tak sangka, kami ni serasi pula bila dah start 'pot pet pot pet' itu ini… rasa macam dah lama kenal pun ada. Then masa pemilihan kumpulan tu, he asked me to join his group. My supervisor pun galakkan. And yes, my heart pun actually want to.. Muahaha… So spjg kursus pengenalan pokok tu, bila dia tak perasan, saya mesti akan pandang dia.. Yalah, saya nak jawapan kepada hati ni ‘Is HE the one?’.. Hehehe..
misi kmi adalah mnawan bakuteh paling sedap di dunia.. wakaka.. :p

Bila dia pandang, saya pula buat-buat tak perasan, but all the time, hati ni sentiasa berbunga-bunga. Happy saja… tak sabar nak tunggu hari esok and spend time bercerita balik… 3rd day course, saya kena arah untuk ikut siapa sahaja staff untuk balik ke herbarium, and that was my 1st day/time I was together with him in his car. Masa short time tu, dia bagi fon dia and ask me to type my fon number.. Hurmm.. teragak juga but saya rasa tak apa la… kenalan juga. Then he ask me pula untuk dail, saya ikut saja. Yalah, saya tak tipu pun bagi number tu.. to my surprise, my fon number is actually in his phone book already.. Terang2 my name terpapar.. Then saya tanya ‘bila masa dapat number saya’… dia gelak saja n jawab, ‘banyak yang boleh ditanya kan..’.. oh rupanya dia dah simpan my number tanpa pengetahuan saya.. iskk…

But after that, kitorang pun start lah messaging each other… seronok sangat n berdebar-debar bila nak reply or receive new mesej. Tak paanjang masa untuk kami tackle each other… Haha. Masa tu kita dah almost two months kenal.. 1 July 2011, itulah tarikh yang bermakna buat kami… 2nd July tu was my 1st date with him. Just jalan2 around Sandakan for night view and pergi makan hidangan ikan panggang… That was really a sweet, walaupun tak mewah but saya sangat2 hargai masa itu…

Sayang nya masa saya tak panjang kat FRC sebab saya kena move on pula pergi KK untuk next practical. Before saya ke KK tu, dia ajak untuk balik kampung n perkenalkan saya with his family. Masa dekat kampung dia tu baru saya tahu yang all this time dia pun pernah tercari-cari saya juga. Saya bagitahu la masa first2 weeks tu saya kan orientasi n duduk kat biotech, sebab tu tak ada kat herbarium. And bila saya tanya dia pula selalu hilang ke mana, dia bagitau yang mereka memang selalu kena pergi outstation ke hutan… begitu rupanya… haha.. that 17th July he went and met my parent pula untuk permission berkawan with me… saya betul terharu yang dia sanggup beranikan diri jumpa my parent and yes, perkenalkan saya to his family…

Sepanjang kitorang couple, memang banyak yang kitorang hadapi. Cabaran Long Distances Relationship selama setahun memang banyak buat hati saya ni rasa berat sangat. Gaduh memang tak lari, saya ni memang kadang-kadang cepat hilang sabar, suka marah2, suka fikir bukan-bukan pastu asyik nak menang saja tapi berkat kasih sayang, penerimaan, kesabaran dan usaha, kami kekal sehingga sekarang..

Thanks dear for loving me ^^


Kitorang berdua ni sangat suka makan bakuteh tau…. Hehehe… Bakuteh Kundasang tak sah kalau tak singgah.. mengembalikan kenangan.. huks3.. hahaha… I love him most for his modesty… dia kata walaupun kita tak kaya, yang penting kita selalu bersyukur and membantu orang lain apa yang kita mampu tanpa harapkan balasan. Saya pun tak harapkan sangat apa2 yang mahal from him, memadailah dia sayangi saya sepenuh hati dan selalu sabar membimbing saya. Soal miskin kaya tu, kami yakin suatu hari nanti, hidup ini akan jadi lebih baik… ^^

Rasanya sekian itu sajalah alkisahnya kisah cinta kami berdua.. Golum n Pikachu. Nak story mory lagi banyak, memang tak akan habis... HAHA. Owh, Why Golum? Sebab dia pernah beraksi mcm Golum (dan memang serupa..hahaks!), and saya pula suka Pikachu kartun. Selalu diejek, sudah besar pun masih tengok kartun.. Hahahaha… ;p


Sampai jumpa lagi! Baiii…. Sekian..! ;)







Latest Deals ! Click - Click On For More Great Deals!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TMOD: Witch Vera and Her Magic Spells Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting